Sunday, October 14, 2012

Hamil 31 Minggu

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..Syukur pada MU ya ALLAH kerana pada minggu ni kandungan saya sudah memasuki minggu ke-31..

Alhamdulillah kerana masih sihat & aktif macam biasa..Sampai ada kawan-kawan office saya tanya "Ira tak penat ke?" atau pun "Ira tak rasa berat ke?"

Jawapannya "Tak penat lah kawan-kawan sekalian" Smileys..Mengandung ni bukan menyusahkan atau memenatkan sebaliknya ianya kegembiraan dan anugerah terindah dari ALLAH..

Alhamdulillah...Baby saya semakin aktif di dalam perut..Kalau saya sibuk, dia pun sibuk juga..sibuk bergerak-gerak dalam perut..Cool kan?..Tapi kalau saya lapar, baby akan diam je..Bila saya dah selesai makan, baby akan aktif semula..Kadang-kadang terlebih aktif..Sampai senget-senget perut saya dibuatnya..Hehehe..

Berikut adalah perkembangan bayi pada minggu 31 yang di copy & paste dari Baby Center Malaysia Smileys

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki.
Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 


Jumpa lagi...



No comments:

Post a Comment