Saturday, October 27, 2012

Hamil dan Bengkak Gusi

Assalamualaikum...

Sekarang saya dah memasuki minggu yang ke- 33 hamil.. Alhamdulillah semuanya sihat.. Kecuali satu..Saya mengalami bengkak gusi yang agak melampau..

Nak kata gigi rosak, tak pula..Tapi selang 2,3 hari sekali, mesti bengkak..huhuhu..Sakit pulak tu..Sampaikan saya terpaksa MC..huhuhu...

Di sebabkan selalu sangat bengkak gusi, saya mula Google cari jalan untuk selesaikan masalah bengkak gusi saya ni..Syukur, akhirnya saya jumpa satu artikel daripada BaiBoo bius gigi yang selamat untuk ibu hamil..BONJELA..Tak tunggu lama, cepat-cepat saya grab di farmasi..Hasilnya memang memuaskan..Bengkak pada gusi cepat surut..Lega rasanya.. :)



Jumpa lagi..



Sunday, October 14, 2012

Hamil 31 Minggu

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..Syukur pada MU ya ALLAH kerana pada minggu ni kandungan saya sudah memasuki minggu ke-31..

Alhamdulillah kerana masih sihat & aktif macam biasa..Sampai ada kawan-kawan office saya tanya "Ira tak penat ke?" atau pun "Ira tak rasa berat ke?"

Jawapannya "Tak penat lah kawan-kawan sekalian" Smileys..Mengandung ni bukan menyusahkan atau memenatkan sebaliknya ianya kegembiraan dan anugerah terindah dari ALLAH..

Alhamdulillah...Baby saya semakin aktif di dalam perut..Kalau saya sibuk, dia pun sibuk juga..sibuk bergerak-gerak dalam perut..Cool kan?..Tapi kalau saya lapar, baby akan diam je..Bila saya dah selesai makan, baby akan aktif semula..Kadang-kadang terlebih aktif..Sampai senget-senget perut saya dibuatnya..Hehehe..

Berikut adalah perkembangan bayi pada minggu 31 yang di copy & paste dari Baby Center Malaysia Smileys

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki.
Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 


Jumpa lagi...



Saturday, October 13, 2012

Blog Yang Ketiga Kalinya


Assalamualaikum.....


Ini adalah blog saya yang ketiga kalinya wujud..Blog sebelum-sebelum ni semuanya dah selamat berkubur..Sebab utama blog yang pertama & kedua tu tak aktif lagi adalah kerana perasaan malas nak update blog..
Tapi kali ni..InsyaALLAH takkan jadi lagi...( I don't make a promise, but i will try my best).. 


Kenapa tiba-tiba saya teringin berblogging semula??Banyak jawapannya...Antaranya ialah :-
  • Untuk kenangan hari tua..hahaha
  • Untuk reference anak-anak nanti...(nak ke dorang jadikan blog saya reference)..GANJIL + PELIK...
  • Saja suka-suka isi masa lapang yang dah jemu main facebook game...huhuhu

Kesimpulan di sini, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk jadi blogger tegar macam orang lain juga...
GANBARU!! (betulkan bahasa jepun saya kalau silap....sebab saya orang MALAYSIA...bukan jepun)


Jumpa lagi...